Untuk Paparan Yang Jelas Sila Guna Mozilla FireFox Atau Google Chrome Browser

Majlis Sempena Persaraan Encik Nor bin Bakar Anjuran Cawangan Pengajian BKT

Majlis sempena meraikan persaraan Encik Nor bin Bakar, PPLV(K)  Anjuran Cawangan Pengajian BKT telah di adakan pada 26 Februari 2015 bertempat di Hotel Grand Continental, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Majlis meraikan persaraan Encik Nor ini di adakan dalam suasana yang cukup meriah selepas berakhirnya Bengkel OBE siri kedua di hotel tersebut.

Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Abdussamad, ucapan oleh Tuan Hj Nuriman dan diakhiri dengan majlis memotong kek serta jamuan.

Warga Cawangan Pengajian BKT mengucapkan tahniah kepada Encik Nor bin Bakar atas perkhidmatannya dalam MARA selama ini dan mendoakan agar Encik Nor sentiasa diberikan Allah kesihatan yang baik dan berbahagia di samping keluarga.

Selamat bersara dan ceria sentiasa bersama keluarga.






Share this article :

Artikel Best !!!

 
Support : Creating Website | BKT | Zaudin Saad
Copyright © 2011. Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Zaudin Bin Saad
Proudly powered by Blogger