Cawangan Pengajian BKT MARA
Featured Post Today
print this page
Latest Post


Untuk Paparan Yang Jelas Sila Guna Mozilla FireFox Atau Google Chrome Browser

Massive Open Online Course (MOOC)


Massive Open Online Course.

Contents:




Ujian Kelayakan Kimpalan - Program Diploma Industri SAPURA KENCANA Di IKM Kuching, Sarawak


Pada 15 Oktober 2015, satu Ujian Kelayakan Kimpalan telah diadakan oleh pihak
SAPURA KENCANA bagi Program Diploma Industri bertempat di IKM Kuching, Sarawak.

Program ini merupakan Program anjuran BKT MARA bersama pihak Industri.



Bengkel Verifikasi Soalan Akhir KKTM dan IKM Sesi Julai - Disember 2015


Pada tarikh 28 September sehingga 1 Oktober 2015 lalu, Cawangan Pengajian telah menganjurkan satu aktiviti Bengkel Verifikasi Soalan Akhir untuk KKTM dan IKM.

Wakil-wakil dari KKTM dan IKM di seluruh Malaysia telah dijemput untuk hadir bagi membuat semakan terhadap soalan-soalan yang telah dibangunkan di peringkat pusat masing-masing.

Semua soalan-soalan ini akan disahkan oleh PPL yang telah dilantik bagi tujuan verifikasi untuk digunakan ketika Peperiksaan Akhir KKTM dan IKM nanti.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Bengkel Verifikasi Soalan Akhir ini.






Rakaman Video Tutorial BKT di IKM Kuala Lumpur


RAKAMAN VIDEO TUTORIAL BKT 2015

Cawangan Pengajian BKT telah meningkatkan inisiatif bagi memperkayakan sumber
Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ) bagi tujuan perkongsian bersama terutamanya
kepada pusat-pusat latihan kemahiran MARA ( IKM dan KKTM ).

Bermula dari 28 hingga 30 Julai 2015 lalu, sesi kerja-kerja rakaman Video Tutorial telah
dijalankan di Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur.

Antara program yang terlibat menjayakan sesi rakaman video ini ialah Program SPP, SED 
dan SPN. Cawangan Pengajian BKT ingin menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih 
kepada semua pihak terutamanya pensyarah terlibat serta Pengurusan IKM Kuala Lumpur 
yang sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang kerja rakaman berlangsung.









Bengkel Penilaian Pemetaan Silibus MARA - JPK - INDUSTRI berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ( SKPK )


Bertarikh dari 6 hingga 8 September 2015 yang lalu dan bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam Selangor satu bengkel pemetaan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ( SKPK ) antara pihak MARA-Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK ) dan Industri telah diadakan.

Bengkel ini bertujuan menyemak isi kandungan silibus MARA yang menepati kepada kehendak
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ( SKPK ) bagi tujuan Persijilan Kemahiran Malaysia kepada pelajar-pelajar MARA sebagai nilai tambahan dalam pengajian mereka di IKM dan KKTM.



Kursus Pengurus Pusat Bertauliah MARA Bagi Persijilan Kemahiran Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK ).


Bertempat di Hotel Corus Port Dickson, Negeri Sembilan, bermula dari 17 hingga 19 Ogos 2015 lalu pihak JPK melalui Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA telah mengadakan satu Kursus Induksi khas kepada semua Pengurus Pusat-pusat Bertauliah JPK bagi tujuan pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia di IKM, KKTM dan MJII.




Lawatan Panel Penilaian Pentauliahan SKM ( JPK ) ke IKM Lumut bersama Cawangan Pengajian BKT



Pada 10 September 2015 lalu, satu Lawatan Panel Penilaian Pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia oleh pihak JPK bersama Cawangan Pengajian BKT telah dilaksanakan di IKM Lumut Perak.

Sebanyak 7 program telah dilawati . Pengiktirafan ini akan dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar IKM di pasaran kerja.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga  IKM Lumut. Semoga Allah memberkati usaha murni itu.


Bengkel Pemetaan NOSS JPK - MARA Bagi Program Sijil IKM


Bengkel Pemetaan NOSS JPK - MARA 
Bagi Program Sijil IKM



Pada 27 hingga 30 Julai 2015 lalu, bertempat di Hotel City Villa Kuala Lumpur, Cawangan Pengajian, Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA telah mengadakan Bengkel Pemetaan NOSS bersama pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK ).

Tujuan Pemetaan NOSS JPK - MARA ini diadakan adalah bertujuan bagi mendapatkan pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia kepada pelajar-pelajar di IKM.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha keras bagi mencapai hasrat ini. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni ini.







Makmal Jawatankuasa Teknikal MARA ( M-Tec ) Bagi Penyelarasan Penyediaan Kurikulum Program Diploma KKTM Gen - 2.


Makmal Jawatankuasa Teknikal MARA ( M-Tec ) Bagi Penyelarasan Penyediaan Kurikulum Program Diploma KKTM & MJII  Gen - 2.


Bertempat di Kinrara Resort Puchong, satu Makmal Jawatankuasa Teknikal MARA ( M-Tec ) Bagi Penyelarasan Penyediaan Kurikulum Program Diploma KKTM Gen - 2 telah di adakan bermula dari 21 hingga 22 September 2015.

Makmal ini di adakan bertujuan bagi melengkapkan dokumen kurikulum Program Diploma di KKTM dan MJII untuk Generasi ke-2 program tersebut.

Antara pusat latihan yang terlibat ialah KKTM Kuantan, MARA-Japan Industrial Institute ( MJII ), KKTM Masjid Tanah, KKTM Rembau dan KKTM Sri Gading.

BKT menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan makmal ini.




FAQ: Soal Jawab Kokurikulum KESATRIA



FAQ :  Soal Lazim Mengenai Kokurikulum KESATRIA di IKM, KKTM dan MJII.





1.  S:   Adakah KESATRIA hanya utk sem1 sahaja or semua semester 2,3,4&5 bagi sesi  Jul-                          Dis 2015?
     J:    KoKu Kesatria ini dimulakan dengan Sem 1 bagi sesi Jul-Dis 2015 ini dan pada sesi Jan-Jun pula (Sem 1               dan Sem 2) dan seterusnya.

2.  S:   Elektif hanya ditawarkan persatuan badan beruniform atau boleh juga ditawarkan kelab2?
     J:    Buat masa ini kita hanya tetapkan utk Pasukan Beruniform sahaja. 

3.  S:  Ada bajet tambahan untuk perlaksanaan KESATRIA ini atau hanya menggunakan bajet                       mengurus  KoKu  sedia ada & ESR shj?
      J:  Setakat ini tiada budget tambahan diperuntukan. Pusat boleh mengemukakan cadangan perbelanjaan              dan menggunakan peruntukan Belanja Mengurus dan ESR.


4.  S:  Boleh atau tidak kalau pembikinan tshirt kesatria tersebut diserahkan kepada pusat untuk                     membuatnya? mungkin pihak KKTM Ledang hanya perlu menghantar 1 contoh untuk kami                 uruskan selebihnya. itu pun dengan kebenaran dari pihak tuan.
      J: Cadangan untuk membekal baju T Kesatria kepada pusat-pusat ( IKM, KKTM dan MJII ) adalah dari                     KKTM Ledang. Tujuan penyelarasan tempahan dan pembekalan baju T ini adalah untuk meminimakan               harga baju T agar pelajar dapat membeli dgn harga yang murah apabila tempahan dibuat dalam                         kuantiti yang banyak.

5.  S:  Adakah dengan adanya perlaksanaan Kokurikulum KESATRIA ini, UKFA yang dijalankan
           kepada pelajar baharu sebelum ini tidak perlu dilaksanakan lagi ?
      J:   Perlaksanaan Kokurikulum Kesatria ini wajib dilaksanakan kepada semua pelajar semester 1
           dan UKFA juga perlu dijalankan kepada pelajar semester 1 ini. 

6.  S:   Berapakah bilangan Jurulatih yang diperlukan bagi mengendalikan latihan KESATRIA ini ?
     J:    Ratio Jurulatih kepada pelajar ialah 1: 50 sepertimana yang dicadangkan di dalam Buku 
            Panduan Kokurikulum KESATRIA. 

Artikel Best !!!

 
Support : Creating Website | BKT | Zaudin Saad
Copyright © 2011. Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Zaudin Bin Saad
Proudly powered by Blogger