Untuk Paparan Yang Jelas Sila Guna Mozilla FireFox Atau Google Chrome Browser

Bengkel Pemantapan Bimbingan Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) Siri Kedua.


Pada 25 dan 26 Februari 2015 lalu, satu bengkel Pemantapan Bimbingan Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) Siri Kedua telah dianjurkan oleh Cawangan Pengajian BKT .

Bengkel siri kedua ini adalah merupakan lanjutan kepada bengkel Outcome Based Education (OBE) siri pertama yang telah di adakan pada 20 hingga 21 Januari 2015 lalu.

Pendedahan kepada bengkel ini akan dapat memantapkan kefahaman personel yang mempunyai penglibatan dalam pengiktirafan MQA.

Bengkel ini telah dihadiri oleh penyelaras dari Cawangan Pengajian BKT dan Timbalan-timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik di  KKTM dan IKM seluruh Malaysia.

Penceramah bagi OBE siri kedua ini adalah merupakan seorang yang mahir dalam dokumentasi pengiktirafan MQA iaitu Tuan Haji Nadzri,

Semoga ilmu yang didapati dapat digunakan untuk manfaat organisasi khususnya di KKTM dan IKM.




Share this article :

Artikel Best !!!

 
Support : Creating Website | BKT | Zaudin Saad
Copyright © 2011. Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Zaudin Bin Saad
Proudly powered by Blogger