Bertempat di Kinrara Resort, Puchong Selangor pada 24 hingga 26 Mac 2015 lalu, Cawangan Pengajian BKT telah menganjurkan satu Bengkel Bimbingan Penulisan Modul Pembelajaran Program Sijil IKM.
Bimbingan penulisan modul ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada semua pensyarah yang terlibat dalam penulisan modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengenai kaedah yang betul dan meningkatkan tahap kesahan (validity) dan kebolehpercayaan ( realibility ) modul.
Bimbingan ini telah disempurnakan oleh Prof.Madya Dr. Hj Jamaludin bin Hj Ahmad, pakar modul dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Selangor.
Adalah diharapkan melalui bimbingan yang dihadiri oleh semua wakil-wakil program sijil dari IKM,modul teori dan amali yang dihasilkan oleh tenaga akademik di IKM akan lebih berkualiti dan berkesan untuk kegunaan para pelajar.
Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta diatas komitmen dan sumbangan dalam menjayakan hasrat Cawangan Pengajian BKT ini.
Semoga peserta yang telah menghadiri bengkel ini dapat menjadi "mentor" kepada rakan-rakan pensyarah di pusat masing-masing.