Untuk Paparan Yang Jelas Sila Guna Mozilla FireFox Atau Google Chrome Browser

Pengendalian Peperiksaan


Soalan : Adakah perlu menunggu pengesahan Senat BKT untuk membolehkan pelajar mengikuti Latihan Industri sekiranya telah lulus Peperiksaan Khas?
Jawapan : Pelajar yang telah lulus Peperiksaan Khas dan disahkan oleh Senat Pusat boleh mengikuti Latihan Industri tanpa menunggu pengesahan Senat BKT.

S : Adakah pelajar dibenarkan menduduki penilaian semula atau peperiksaan khas di pusat lain?.
J : Buat masa sekarang SPPBKT belum lagi menyediakan prosedur bagi membolehkan pelajar menduduki peperiksaan di pusat lain.

S : Apakah tindakan yang perlu dibuat jika pelajar yang telah tamat pengajian sepenuh masa memohon menduduki penilaian semula? 
J : UPP Pusat perlu menyemak tempoh maksimum pengajian pelajar terbabit. Jika telah melebihi tempoh maksimum pengajian maka pelajar TIDAK DIBENARKAN menduduki penilaian semula.

S : Apakah tindakan yang perlu diambil jika pelajar ditangkap meniru semasa peperiksaan akhir?
J : Pelajar dibenarkan untuk meneruskan tugas menjawab soalan peperiksaan bagi kursus berkenaan dan semua dokumen atau item yang disifatkan sebagai bahan pembuktian dan boleh disabitkan dengan kesalahan meniru hendaklah diambil.
Berdasarkan Buku Peraturan Akademik Edisi 3 di bawah Klausa 12.8 KES MENIRU, perlakuan meniru yang disabitkan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah peraturan-peraturan akademik.

S : Bilakah peperiksaan khas perlu dibuat?
J : Dalam tempoh sebulan selepas senat BKT bersidang. Pada kebiasaannya Mesyuarat Senat Khas akan diadakan sebulan selepas sesi baru bermula.

S : Adakah tarikh peperiksaan khas akan ditentukan oleh BKT?
J : Bagi kursus-kursus yang stand alone dan bersifat niche area, pusat berkenaan boleh menentukan sendiri tarikh peperiksaan khas manakala bagi kursus-kursus gunasama antara pusat, pihak SPPBKT akan menentukan tarikh peperiksaan khas.

S : Berapa kali peperiksaan khas dibuat di dalam satu semester?
J : Peperiksaan Khas hanya diadakan sekali dalam tempoh satu semester.

S : Adakah ko-kurikulum boleh dibuat peperiksaan khas?
J : TIDAK BOLEH

S : Pihak manakah yang akan mengeluarkan kertas soalan untuk peperiksaan khas?
J : Unit Penilaian dan Pentaksiran BKT bertanggungjawab untuk mengeluarkan set kertas peperiksaan.

S : Berapa bayaran yang dikenakan untuk Peperiksaan Khas?
J : Jumlah bayaran ditentukan mengikut kes-kes yang disenaraikan di dalam Buku Peraturan Akademik Edisi 3 Jadual 12 SENARAI KADAR BAYARAN.

S : Bilakah markah peperiksaan khas boleh di ‘key-in’ ke dalam sistem prestasi dan adakah GPA dan CGPA dikira dalam sesi pengajian semasa?
J : Markah peperiksaan khas perlu di’key-in’ sebelum penutupan sistem prestasi dibuat dan pengiraan GPA/CGPA dikira dalam sesi pengajian terdahulu.

S : Adakah pelajar yang telah tamat pengajian melebihi 2 tahun tetapi masih gagal kursus dibenarkan menduduki penilaian semula?
J : TIDAK BOLEH

S : Adakah pelajar yang menduduki Peperiksaan Khas boleh diberikan markah maksimum ?
J : Terdapat beberapa klasifikasi markah yang boleh diberikan kepada pelajar yang menduduki Peperiksaan Khas. Sila rujuk Buku Peraturan Akademik Edisi 3 di bawah klausa 12.4 PEPERIKSAAN KHAS

S : Apakah yang dimaksudkan dengan ‘WA’
J : Istilah ‘WA’ merupakan status yang diberi kepada pelajar yang gagal mengemukakan, menghantar, menyiapkan tugasan atau laporan yang disyaratkan di dalam kursus berkenaan termasuklah kegagalan menyiapkan mana-mana projek amali di dalam penilaian berterusan dengan syarat jumlah keseluruhan markah melebihi gred lulus minimum kursus tersebut.

S : Apakah tindakan susulan yang perlu diambil ke atas pelajar yang mendapat status WA ?
J : Pelajar perlu membuat pembayaran sebanyak RM30 per kursus dan perlu melengkapkan semula mana-mana penilaian berterusan yang tidak lengkap. Markah yang diperolehi hendaklah dimasukkan semula ke dalam Sistem Prestasi pada ruangan WA yang berkenaan dan keputusan perlu dibentangkan di dalam sidang mesyuarat senat pusat dan BKT berikutnya.

S : Bilakah penilaian kursus WA boleh dibuat?
J : Penilaian bagi kes WA boleh diadakan pada bila-bila masa dengan syarat status WA pelajar berkenaan telah disahkan oleh Jawatankuasa Senat Pusat dan pelajar telah memohon untuk menduduki semula penilaian berkenaan.

S : Adakah pelajar dibenarkan menduduki penilaian semula atau peperiksaan khas dan markah dimasukkan (key-in) ke dalam Sistem Prestasi Pelajar jika bayaran mengulang tidak dibuat ?
J : Pelajar TIDAK dibenarkan menduduki penilaian semula atau peperiksaan khas   jika bayaran mengulang tidak dilakukan.

S : Jika peratus kehadiran pelajar tidak mencukupi bagi kursus “Final Year Project”, apakah jenis penilaian yang perlu disekat (BAR) dan apakah status yang perlu diberi ? 
J : Jika peratus kehadiran pelajar tidak mencukupi bagi kursus “Final Year Project”, jenis penilaian yang perlu disekat ialah PRESENTATION dan pelajar diberi status WX.

S : Adakah nilai kredit kursus WA dikira di dalam beban kredit maksimum ?
J : YA. Nilai kredit kursus WA termasuk di dalam pengiraan beban kredit maksimum per semester.

S : Bagaimanakah saya ingin membuat rujukan mengenai peraturan peperiksaan IKM/KKTM?
J : Rujukan mengenai peraturan peperiksaan IKM/KKTM boleh diperolehi di Unit Penilaian dan Persijilan IKM/KKTM

S : Adakah Kokurikulum diklasifikasikan sebagai satu kursus ?
J : YA. Kokurikulum diklasifikasikan sebagai satu kursus di bawah struktur kurikulum sesuatu program

S : Adakah pelajar dibenarkan menyemak semula markah kokurikulum dan bilakah tempoh semakan boleh dibuat ? 
J : Pelajar dibenarkan menyemak semula markah kokurikulum dalam tempoh 2 minggu selepas sesi pembelajaran bermula.

Share this article :

Artikel Best !!!

 
Support : Creating Website | BKT | Zaudin Saad
Copyright © 2011. Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Zaudin Bin Saad
Proudly powered by Blogger