Untuk Paparan Yang Jelas Sila Guna Mozilla FireFox Atau Google Chrome Browser

Cara Pengiraan GPA dan CGPA

Cara Pengiraan GPA dan CGPA



Secara ringkas GPA ialah Grade Point Average atau Purata Nilai Gred iaitu nilai yang didapati secara purata terhadap keputusan yang diperoleh bagi satu semester itu. Contohnya ada subjek anda dapat A, ada subjek dapat B-, ada subjek dapat C. Gred A memberi nilai 4.00, manakala gred B- memberi nilai 2.67 dan gred C memberi nilai 2.00. Purata Nilai Gred anda ialah purata bagi semua keputusan!

CGPA pula bermaksud Cumulative Grade Point Average atau Purata Nilai Gred Kumulatif yang mana ia mendapatkan nilai purata keputusan anda bagi semua semester yang telah dilalui.

GPA = untuk satu-satu semester sahaja

CGPA = untuk keseluruhan semester yang telah dilalui

Sebelum mengira GPA dan CGPA, anda perlulah mengetahui elemen-elemen yang digunakan dalam pengiraan CGPA. Elemen-elemen tersebut ialah :-

a) Bilangan Kredit

b) Mata Nilai – Nilai yang dibawa oleh sesuatu gred. Contohnya Gred A=4.00, Gred B=3.00

c) Jumlah Mata Nilai – Hasil darab Mata Nilai dengan Bilangan Kredit

Formula asas bagi pengiraan CGPA ialah Hasil Tambah Jumlah Mata Nilai dibahagikan dengan Hasil Tambah Kredit.

Sebagai contoh, cuba lihat pengiraan berikut:-

Keputusan Semester 1

Subject                                                   Kredit Gred    Mata Nilai   Jumlah Mata Nilai
1 Programming For Engineers                    3      B         3.00        9.00
2 Statics                                                     3      B          3.00        9.00
3 Thermodynamics I 3 A- 3.70 11.10
4 Laboratory I 2 A- 3.70 7.40
5 Calculus 2 B- 2.70 5.40
6 English For Academic Communication  2 B- 2.70 5.40
7 Islamic And Asian Civilization I 2 B+ 3.30 6.60


Pengiraan GPA Bagi Semester 1 :-

GPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai /
                Hasil tambah semua kredit
GPA = (9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60) /
                (3+3+3+2+2+2+2)
GPA = (53.90) / (17)
GPA sem 1 = 3.17

Keputusan Semester 2

Subject Kredit Gred  Mata Nilai Jumlah Mata Nilai
1 Dynamics 3 B 3.00 9.00
2 Engineering Drawing 3 B+ 3.30 9.90
3 Material Science                  3 C- 1.70 5.10
4 Engineering Mathematics 3 B- 2.70 8.10
5 Islamic And Asian Civilization II 2 B- 2.70 5.40
6 Swimming I 1 A 4.00 4.00


Pengiraan GPA Bagi Semester 2 :-

GPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai /
                Hasil tambah semua kredit
GPA =      (9.00+9.90+5.10+8.10+5.40+4.00) /
                (3+3+3+3+2+1)
GPA = (41.50) / (15)
GPA sem 2 = 2.77

Sekarang anda dah tahu macam mana nak kira GPA. Sekarang kita tengok pulak cara nak kira CGPA.

Pengiraan CGPA Bagi Semester 1:-

Untuk semester pertama, nilai CGPA dan GPA adalah sama kerana purata diperoleh dengan mengira keputusan satu semester sahaja iaitu semester 1. Oleh itu CGPA = GPA untuk semester pertama sahaja.

CGPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester /
                        Hasil tambah semua kredit bagi semua semester
CGPA = 53.90 / 17
CGPA sem 1 = 3.17

Pengiraan CGPA Bagi Semester 2 :-

Pada semester kedua, nilai CGPA diperoleh dengan mendapatkan purata bagi keputusan kedua-dua semester iaitu semester 1 dan 2.

CGPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester /
                        Hasil tambah semua kredit bagi semua semester
CGPA = (53.90+41.50) / (17+15)
CGPA = 95.40 / 32
CGPA sem 2 = 2.98


Sumber : Meanshiney



Share this article :

Artikel Best !!!

 
Support : Creating Website | BKT | Zaudin Saad
Copyright © 2011. Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Zaudin Bin Saad
Proudly powered by Blogger