Untuk Paparan Yang Jelas Sila Guna Mozilla FireFox Atau Google Chrome Browser

Pelaksanaan Kurikulum

Soalan : Adakah kredit ko-kurikulum diklasifikasikan sebagai ‘kredit kira’ atau ‘kredit dapat’ ?
Jawapan : Kredit kira

S: Adakah pelajar selain semester akhir boleh menduduki peperiksaan khas  untuk memperbaiki nilai CGPA ?
J: Merujuk kepada Buku Peraturan Akademik Edisi 3 Klausa 12.4.2.4 , HANYA pelajar semester akhir yang mendapat status KS sahaja yang dibenarkan mengulang kursus bagi tujuan memperbaiki CGPA.

S: Adakah pelajar dibenarkan mengulang kursus Ko-Kurikulum semasa menjalani Latihan Industri ? 
J: BOLEH, tetapi hendaklah dilakukan semasa waktu cuti sebagai contoh pada hari Sabtu atau Ahad atau hari kelepasan am yang lain. Aktiviti ini perlu dikawal selia oleh pengurusan IKM atau KKTM tanpa mengganggu waktu Latihan Industri.

S: Bagi kes pelajar KEMASUKAN BERSYARAT, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pelajar yang masih belum lulus subjek wajib Sijil Pelajaran Malaysia tetapi telah LULUS semua kursus yang diambil dalam sesuatu program di IKM / KKTM?. 
J: Surat tawaran kepada pelajar jelas menyatakan bahawa pelajar diberi peluang untuk mengulang subjek gagal Sijil Pelajaran Malaysia sehingga LULUS selama tempoh mengikuti pengajian di IKM atau KKTM bagi tujuan memansuhkan tawaran KEMASUKAN BERSYARAT.
Mesyuarat Senat Bil 1/2014 memutuskan bahawa pelajar KEMASUKAN BERSYARAT yang masih BELUM LULUS subjek gagal Sijil Pelajaran Malaysia sehingga mencapai tempoh maksimum pengajian walaupun telah memenuhi syarat sesuatu program di IKM / KKTM adalah diklasifikasikan sebagai TIDAK BERGRADUAT.

S: Adakah pelajar yang telah mendapat status KEDUDUKAN GAGAL (KG) boleh memohon mengikuti pengajian di IKM/KKTM ?
J: Pelajar berkenaan BOLEH memohon mengikuti pengajian tetapi dalam program yang lain selepas 6 bulan dari status KG disahkan oleh Senat BKT

S: Adakah pelajar yang mengulang kursus wajib menghadiri semua pertemuan yang disyaratkan bagi kursus berkenaan ?
J: Merujuk kepada Buku Peraturan Akademik Edisi 3 Klausa 12.3 PENILAIAN SEMULA, pelajar yang mengulang kursus perlu mengikuti semua pertemuan dan penilaian yang disyaratkan di dalam kursus berkenaan.

S: Berapakah jam kredit maksimum bagi pelajar yang mengulang kursus?
J: Beban kredit maksimum bagi pelajar mengulang kursus adalah merujuk kepada Buku Peraturan Akademik Edisi 3 Klausa 8.3 dalam JADUAL 4.

S: Adakah pelajar boleh mengambil lebih 22 jam kredit dalam satu semester ? 
J: TIDAK BOLEH.

S: Adakah pelajar dalam program Kluster Elektrik boleh mengikuti Latihan Industri jika masih lagi gagal kursus Pengajian Am ?
J: BOLEH

S: Adakah pelajar boleh mengikuti Program Inkubator bagi menggantikan Latihan Industri ?
J: BOLEH

S: Bagi kes KEMASUKAN BERSYARAT pelajar sedia ada, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pelajar yang masih belum lulus subjek wajib Sijil Pelajaran Malaysia tetapi telah LULUS semua kursus yang diambil dalam sesuatu program di IKM / KKTM?. 
J: Bermula kohort pengambilan Julai 2013, BKT telah memansuhkan tawaran KEMASUKAN BERSYARAT. Untuk kes kemasukan bersyarat pelajar sedia ada, surat tawaran kepada pelajar jelas menyatakan bahawa pelajar diberi peluang untuk mengulang subjek gagal Sijil Pelajaran Malaysia sehingga LULUS selama tempoh mengikuti pengajian di IKM atau KKTM bagi tujuan memansuhkan tawaran KEMASUKAN BERSYARAT.

Mesyuarat Senat Bil 1/2014 memutuskan bahawa pelajar KEMASUKAN BERSYARAT yang masih BELUM LULUS subjek gagal Sijil Pelajaran Malaysia sehingga mencapai tempoh maksimum pengajian walaupun telah memenuhi syarat sesuatu program di IKM / KKTM adalah diklasifikasikan sebagai TIDAK BERGRADUAT.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan “semester akhir” ?
J: Tafsiran semester akhir ialah seperti berikut :

a. Pelajar semester 5 untuk program Tahap Diploma atau satu semester sebelum Latihan Industri (selain Program Kluster Elektrik). Bagi mana-mana pelajar yang masih mempunyai kursus tertunggak adalah tertakluk kepada maksimum 10 semester.

b. Pelajar Semester 6 atau ke atas untuk Program Tahap Diploma Kluster Elektrik sehingga maksimum 10 semester.

c. Pelajar semester 3 untuk Program Tahap Sijil atau satu semester sebelum Latihan Industri (selain Program Kluster Elektrik). Bagi mana-mana pelajar yang masih mempunyai kursus tertunggak adalah tertakluk kepada maksimum 8 semester.

d. Pelajar Semester 4 atau ke atas untuk Program Tahap Sijil Kluster Elektrik sehingga maksimum 8 semester.

S: Adakah pelajar yang telah disabitkan kesalahan dan dikenakan tindakan BUANG LATIHAN, boleh memohon mengikuti semula pengajian dalam mana-mana program di IKM / KKTM?
J: TIDAK BOLEH
S: Apakah fungsi JKPAM & MTEC ?
J: JKPAM (Jawatankuasa Penasihat Akademik MARA) bertanggungjawab untuk menilai semula kurikulum dan mencadangkan kurikulum baru agar sentiasa relevan serta bersesuaian dengan peredaran masa dan kehendak industri. JKPAM terdiri dari wakil industri, akademik dan pensyarah bagi setiap program yang berkaitan.

MTEC (MARA Technical Committee – Jawatankuasa Teknikal MARA) bertanggungjawab untuk menilai, meneliti, mengemas kini dan menentukan kandungan kurikulum yang dicadangkan oleh JKPAM.  MTEC terdiri dari wakil pensyarah bagi setiap program yang berkaitan
S: Apakah yang dimaksudkan dengan perakuan akreditasi dan pengiktirafan ?   
J: Perakuan Akreditasi merupakan satu perakuan rasmi bahawa sesuatu sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).

Pengiktirafan pula bermaksud penerimaan sesuatu kelayakan oleh pihak tertentu bagi tujuan khusus. Tujuan khusus ini boleh digunakan dalam bentuk pengambilan pekerja, pemberian bantuan pendidikan, peluang melanjutkan pengajian, amalan professional dan sebagainya. Adalah menjadi kelaziman akreditasi MQA menjadi salah satu perkara penting yang diambil kira bagi tujuan pengiktirafan.
S: Adakah pengecualian kredit boleh diberikan kepada pelajar program Sijil IKM yang menyambung pengajian ke peringkat Diploma di KKTM ?
J: TIDAK BOLEH. Pengecualian kredit bagi program Sijil ke Diploma telah dimansuhkan berikutan arahan larangan daripada MQA melalui Pekeliling MQA 07/Jld. 3(32) – Pemindahan Kredit Bagi Program Sijil ke Program Diploma.
S: Adakah Sijil Kemahiran MARA bagi pelajar program Sijil Kemahiran MARA Lukisan Senibina dan Sijil Kemahiran MARA Lukisan Mekanikal yang bergraduat sebelum Tahun 1996 diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam?
J: Semakan rekod dan perbincangan yang telah dibuat dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), mendapati bahawa Sijil Kemahiran MARA Lukisan Senibina dan Sijil Kemahiran MARA Lukisan Mekanikal yang ditawarkan kepada kohort pelajar – pelajar ambilan atau yang telah bergraduat sekitar tahun 1980 hingga 1995 adalah di bawah klasifikasi SIJIL KEMAHIRAN MARA.  Sijil tersebut tidak pernah dimohon untuk pengiktirafan JPA dan pewujudan program ketika itu adalah bermatlamat untuk melahirkan pelajar bagi memenuhi pekerjaan di sektor industri.

Bermula tahun 1996, atas keperluan untuk memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor awam dan industri, Bahagian Kemahiran MARA (kini dikenali sebagai Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA) telah merombak struktur kurikulum program dan menaik taraf kandungan silibus dari SIJIL KEMAHIRAN MARA kepada SIJIL TEKNOLOGI MARA. Program-program di bawah klasifikasi SIJIL TEKNOLOGI MARA telah dimohon dan mendapat pengiktirafan JPA.

Ini bermakna pengiktirafan JPA adalah TIDAK TERPAKAI ke atas pelajar-pelajar yang bergraduat dengan nama program SIJIL KEMAHIRAN MARA LUKISAN SENIBINA dan SIJIL KEMAHIRAN MARA LUKISAN MEKANIKAL.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan Klausa 8.3.2 di dalam Buku Peraturan Akademik Edisi 3, “Beban kredit satu semester ini adalah tidak termasuk sesi semester sebelum pelajar menjalani Latihan Industri” ?
J: Maksud Klausa 8.3.2 BPA3 adalah merujuk kepada pengecualian yang diberikan kepada pelajar yang mendaftar kursus kurang dari nilai kredit minimum dalam sesi semester sebelum pelajar menjalani Latihan Industri. Kes sebegini hanya akan wujud apabila pelajar hanya mempunyai beberapa kursus tertunggak yang mana jumlah keseluruhan kredit kursus tertunggak berkenaan adalah kurang dari nilai kredit minimum.
Namun begitu klausa ini TIDAK TERPAKAI ke atas pelajar yang ingin memohon mendaftar kursus yang mana jumlah kredit melebihi jumlah kredit maksimum.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan istilah “Ketua Jabatan” dan “Ketua Program” ?
J: Dengan merujuk kepada takrifan yang dinyatakan di dalam BPA3, istilah Ketua Jabatan adalah bermaksud individu yang dilantik sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu jabatan yang mana ia boleh merangkumi beberapa unit (Pengajian Am) atau beberapa program.

Istilah Ketua Program pula bermaksud individu yang dilantik sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk mengurus satu program sahaja.

S: Adakah penangguhan pengajian boleh dibuat jika pelajar memohon pertukaran program?
J: Penangguhan pengajian hanya boleh dibuat oleh pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam program berkenaan sahaja. Ini bermakna klausa penangguhan pengajian TIDAK TERPAKAI ke atas pelajar yang memohon untuk menukar bidang pengajian ke program yang lain.

S : Adakah Latihan Industri diklasifikasikan sebagai satu kursus?
J : YA. Latihan Industri diklasifikasikan sebagai satu kursus di bawah struktur kurikulum sesuatu program









Share this article :

Artikel Best !!!

 
Support : Creating Website | BKT | Zaudin Saad
Copyright © 2011. Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Zaudin Bin Saad
Proudly powered by Blogger