Untuk Paparan Yang Jelas Sila Guna Mozilla FireFox Atau Google Chrome Browser

Mesyuarat Perlaksanaan Kokurikulum KESATRIA / PERWIRA KKTM dan IKM.


Pada 6 hingga 7 Mei 2015 yang lalu satu Mesyuarat Perlaksanaan Kokurikulum Kesatria/Perwira Bahagian Kemahiran dan Teknikal telah di adakan bertempat di bilik Mesyuarat Kekwa Tingkat 3 Ibu Pejabat MARA.

Mesyuarat ini di adakan bagi membincangkan isu-isu berbangkit di antara pusat-pusat yang telah melaksanakan kokurikulum ini. Pusat-pusat yang terlibat sehingga sesi Januari - Jun 2015 ini ialah KKTM Ledang, KKTM Kuantan, IKM Alor Setar, IKM Besut dan IKM Kota Kinabalu.

Antara agenda mesyuarat ini ialah:-
i. Pembentangan semua Penyelaras Kesatria/Perwira KKTM dan IKM ,mengenai perlaksanaan yang telah dijalankan.
ii. Perbincangan Draf Buku Panduan Perlaksanaan Kokurikulum Kesatria/Perwira.
iii. Kejurulatihan dan Silibus.

Pihak BKT mengucapkan setinggi penghargaan kepada Pengarah KKTM Ledang dan Kuantan serta Timbalan Pengarah KPHP IKM Alor Setar dan Besut serta Penyelaras yang hadir menyumbangkan idea dan berkongsi pandangan bagi menambah baik perlaksanaan kokurikulum ini di peringkat pusat.

Tuan Hj Nuriman , Timbalan Pengarah I, Cawangan Pengajian telah mempengerusikan mesyuarat ini. Turut hadir Puan Hajah Shaharom, Timbalan Pengarah II bersama semua staf Unit Pembangunan Modul dan Bahan PdP.

Turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut Encik Kamarul Nazim, Timbalan Pengarah II, Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Kemahiran dan Teknikal.





Share this article :

Artikel Best !!!

 
Support : Creating Website | BKT | Zaudin Saad
Copyright © 2011. Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Zaudin Bin Saad
Proudly powered by Blogger