Pengajar KKTM Pasir Mas Menangi Pertandingan Rekabentuk Kerajaan Negeri Terengganu
Pada 3 Mei 2015 lalu bertempat di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, Terengganu, satu Pertandingan Rekabentuk PMINT bagi menghasilkan satu rekabentuk bersesuaian dengan imej Bandaraya Terengganu sebagai sebuah "Bandaraya Warisan Pesisir Air"yang terunggul,inovatif,dinamik dan lestari.
Pertandingan ini bagi mengumpulkan beberapa idea rekabentuk dari kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta melalui Pertandingan Reka bentuk Medan Bandar di Kuala Terengganu untuk menemukan satu pendekatan rekabentuk yang berkualiti, responsif terhadap pengguna,inovatif serta mampan.
Tahniah diucapkan kepada Puan Rohayu binti Daud dan Puan Aifah binti Amri, Pengajar Diploma Senibina KKTM Pasir Mas yang telah mendapat tempat Pertama ataupun Johan Pertandingan Rekabentuk Medan PMINT 2015.
Related Articles
- Majlis Sempena Persaraan Encik Nor bin Bakar Anjuran Cawangan Pengajian BKT
- Perhimpunan Bulanan Bersama Pengarah BKT
- Program Menuju Puncak Kinabalu, Sabah anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi MARA
- Lawatan Unit Pembangunan Modul dan Bahan PdP Cawangan Pengajian BKT ke KKTM Rembau
- Rakaman Video Tutorial BKT di IKM Kuala Lumpur
- Perbincangan Unit Pembangunan Modul, Caw.Pengajian BKT Bersama Biro Tata Negara Putrajaya.
Labels:
Aktiviti