Untuk Paparan Yang Jelas Sila Guna Mozilla FireFox Atau Google Chrome Browser

Bengkel Bimbingan Penulisan Modul Pembelajaran Program Diploma ( Siri 2 )


Bertempat di Kinrara Resort, Puchong Selangor pada 21 hingga 23 April 2015, Cawangan Pengajian BKT telah menganjurkan satu Bengkel Bimbingan Penulisan Modul Pembelajaran Program Diploma.

Bengkel ini merupakan lanjutan dari Bengkel Bimbingan Penulisan Modul Pembelajaran Program Sijil ( Siri 1 ) yang telah dilaksanakan pada 24 hingga 26 Mac 2015 lalu bertempat di lokasi yang sama.

Bengkel ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada semua pensyarah peringkat diploma di IKM dan KKTM mengenai kaedah yang betul dalam meningkatkan item kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanan modul yang akan dibangunkan oleh pensyarah-pensyarah IKM dan KKTM.

Bimbingan penulisan modul ini telah disampaikan oleh Prof.Madya Dr, Hj Jamaludin bin Hj Ahmad seorang pakar modul dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Adalah diharapkan melalui bimbingan yang dihadiri oleh semua wakil-wakil program Diploma dari IKM dan KKTM ini ,modul teori dan amali yang dihasilkan oleh tenaga akademik ini akan lebih berkualiti dan berkesan untuk kegunaan para pelajar. 

Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta diatas komitmen dan sumbangan dalam menjayakan hasrat Cawangan Pengajian BKT ini.

Semoga peserta yang telah menghadiri bengkel ini dapat menjadi "mentor" kepada rakan-rakan pensyarah di pusat masing-masing.





Share this article :

Artikel Best !!!

 
Support : Creating Website | BKT | Zaudin Saad
Copyright © 2011. Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Zaudin Bin Saad
Proudly powered by Blogger