Cawangan Pengajian, Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA telah mengadakan Bengkel Huraian Pentaksiran (AIF) pada 24 hingga 27 November 2014 lalu di Ipoh.
Bengkel ini bertujuan bagi mengemaskini dan membangunkan format baru Instrumen Pentaksiran sejajar dengan perubahan Silibus (baru) Edisi Ketiga peringkat sijil IKM dan Silibus (baru) Edisi Kedua peringkat diploma KKTM.
BKT juga mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh warga kemahiran IKM dan KKTM yang turut bersama menyumbangkan idea dan tenaga bagi menjayakan bengkel ini. Semoga diberkati Allah SWT jua atas komitmen ini.