Untuk Paparan Yang Jelas Sila Guna Mozilla FireFox Atau Google Chrome Browser

Pengurusan Persijilan



Soalan : Apakah tindakan yang perlu dibuat jika pelajar memohon pengeluaran skrol?
Jawapan : Pengeluaran skrol hanya akan dilaksanakan oleh SPPBKT apabila terdapat dokumen atau data yang membuktikan bahawa pemohon berkenaan telah lulus pengajian di KKTM atau IKM dengan jayanya dalam program yang diikuti dan tidak mempunyai sebarang tuntutan hutang dari pihak pusat.

S : Siapakah yang bertanggungjawab mengeluarkan surat pengesahan PERSIJILAN kepada pelajar dan apakah perkara yang perlu diberi perhatian ?  
J : Surat pengesahan persijilan HANYA dikeluarkan oleh UPP Pusat jika keputusan peperiksaan pelajar berkenaan telah disahkan LULUS dan BERGRADUAT oleh SENAT BKT.

S : Siapakah yang bertanggungjawab mengeluarkan surat pengesahan PENGAJIAN dan apakah dokumen yang perlu di sediakan ?   
J : Surat pengesahan pengajian HANYA dikeluarkan oleh UPP Pusat JIKA terdapat dokumen atau data yang membuktikan bahawa pemohon pernah mengikuti pengajian di pusat berkenaan.

S : Apakah tindakan yang perlu dibuat jika pelajar memohon pengeluaran surat pengesahan persijilan ? 
J : Surat pengesahan persijilan hanya dikeluarkan oleh UPP Pusat jika keputusan peperiksaan pelajar berkenaan telah disahkan lulus oleh SENAT BKT.

S : Apakah tindakan yang perlu dibuat jika pelajar memohon pengeluaran surat pengesahan pengajian? 
J : Pengeluaran surat pengesahan pengajian dikeluarkan oleh UPP Pusat jika terdapat dokumen atau data yang membuktikan bahawa pemohon pernah mengikuti pengajian di pusat berkenaan.

S : Apakah pelajar boleh memohon pengeluaran skrol ganti terus ke BKT ? 
J : YA. Pada masa ini SPPBKT telah mewujudkan prosedur di mana pelajar boleh memohon terus ke BKT untuk pengeluaran skrol ganti.

S : Adakah pelajar dikenakan bayaran penggantian skrol jika skrol berkenaan musnah akibat bencana alam atau bencana luar jangkaan ?
J : Pelajar boleh mengemukakan dokumen pengesahan dari balai polis atau ketua kampung bagi tujuan dikecualikan bayaran skrol ganti.



Share this article :

Artikel Best !!!

 
Support : Creating Website | BKT | Zaudin Saad
Copyright © 2011. Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Zaudin Bin Saad
Proudly powered by Blogger